Thursday, 24 November 2016

Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

Baginda berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab.

Berketuruna bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.

Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang pernah mentadbir Makkah, kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Dengan penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam juga dikuasi oleh keluarga Nabi Muhammad s.a.w

Keluarga Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam selok-belok perniagaan.

Selain Qusai, Abdul Manaf, Hasyim, dan Abdul Muttalib, juga pernah menerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah.

Nama penuh :
Muhammad Bin Abdullah

Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib

Ibu : Aminah Binti Wahab

DOB : Malam Isnin, 20 April, 570 M, 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah

POB : Rumah datuk Baginda Abdul Muttalib

Nama Muhammad diberikan oleh datuk Baginda yang bermaksud terpuji.

Bapa Baginda meninggal sewaktu Baginda masih dalam kandungan Ibunnya.

Setelah beberapa hari dilahirkan beliau diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui.

Ketika berusia 6 tahun Ibunya pula meninggal dan menjadi yatim piatu.

Baginda kemudian dipelihara pula oleh datuk Baginda Abdul Muttalib.

Setelah datuk Baginda meninggal, Baginda dipelihara pula oleh bapa saudara Baginda Abu Talib.

Sewaktu kecil Baginda pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara Baginda Abu Talib.

Pada usia Baginda 12 tahun ahun, Baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramal oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.

Pada usia baginda 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya.

Abu Talib menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Lalu mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah Binti Khuwailid.

Abu Talib pergi menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.

Pada usia 25 tahun bagind mengahwini Khadijah yang berusia 40 tahun.

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w

Memiliki 4 Sifat Terpuji

I)  Siddiq - berkata benar
II) Amanah - dipercayai
III)Tabliq - menyampaikan
IV) Fatanah - bijaksana

Digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.

Semasa berumur 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu masalah persengketaan di kalangan kabilah Quraisy.

Jelaslah bahawa kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul.

Persengketaan berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya-iaitu di penjuru timur Kaabah.

Hajar Aswad terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

Sebelum dilantik menjadi Rasul baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah.

Baginda telah (mengasingkan dirinya untuk beribadat) daripada masyarakat dengan cara bertahannuth kepada Allah di Gua Hirak ipuncak Bukit Nur atau Jabal Nur.

Selepas lebih kurang 6 Bulan baginda berulang alik dan bertahannuth, akhirnya, pada 6 Ogos, bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril. Ketika baginda berusia 40 Tahun.

Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

Masyarakat Arab Jahiliah

Kemunculan Tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang lagi terpencil, iaitu di Hijaz.

Pembentukan Tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia.

Masyarakat Arab Jahiliah

Jahiliah berasal dari perkataan Arab, Jahala, bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau mempunyai ilmu pengetahuan.

Masyarakat Arab ini digelar Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya sepertibNabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain2.

Zaman Jahiliah dianggap sebagai Zaman Gelap kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah menyembah berhala dan mempercayai animisme.

Animisme (memuja alam spt pokok)

Akhlak mereka adalah rendah, misalnya, bersifat kejam, angkuh dan degil.

Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah

2 kategori Golongan

I) masyarakat Badwi
~tinggal di kawasan gurun dan pedalaman

II) masyarakat Hadari
~menetap di kawasan persisiran pantai

Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak.

Kedudukan wanita adalah rendah sehingga mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.

Bayi perempuan ditanam hidup-hidup sejurus dilahirkan. Mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah mereka.

Dalam soal perkahwinan, tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan.

Para pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.

Kegiatan merompak dan merampas barangan kafilah di padang pasir juga merupakan mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.

Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.

Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa.

4 bentuk Kepercayaan Agama

I) agama wathani
~menyembah berhala

II) animisme
~memuja alam seperti pokok

III) samawi
~Kristian & Yahudi

IV) kepercayaan
~menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung

Menurut catatan Al Quran terdapat sebilangan kecil menganut agama Hanif.

Mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup yang berpuak-puak dan berkelompok.

Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.

Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.

Diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

Kesan Amalan Sistem Kabilah

Kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

Semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain aka  berlaku walaupun atas sebab yang kecil.

Perang al-Basus. Berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.

Wednesday, 23 November 2016

Revolusi Perindustrian

Perkembangan Bidang Perindustrian

Salah satu sumbangan Revolusi Pertanian terhadap pertumbuhan & perkembangan Revolusi Perindustrian adalah dari segi penyediaan modal.

Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan modal mereka dalam bidang perindustrian.

Ini menggambarkan perubahan sikap mereka yang sanggup mengambil risiko melaburkan modal dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan.

Selain itu, Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan untuk menampung permintaan & keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat.

Dengan adanya bekalan makanan ini, Britain tidak perlu terlalu bergantung kepada pengimportan tersebut dari luar.

Dana yang diselamatkan itu dapat dilaburkan bagi membantu pertumbuhan & perkembangan industri dalam negara.

Inilah sebabnya mengapa Revolusi Pertanian dikatakan telah menyediakan asas bagi pencetusan Revolusi Perindustrian di Britain.

Faktor-Faktor Lain yang menjadi pencetus termasuklah...

Rekaan dalam bidang sains & teknologi serta semangat dan kegiatan keusahawanan.

Gabungan kedua-dua faktor ini, misalnya, dapat dikesan daripada kegiatan James Watt dan Boulton.

Inilah ciri-ciri yang telah mendasari dan mendinamiskan kemajuan di Britain pada masa itu.

Iaitu ciri-ciri seperti daya kreativiti, semangat inovatif serta kegiatan keusahawanan.

Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan

Pengkhususan Pengeluaran

Penggunaan Teknologi

Kesan Revolusi Perindustrian

1) Peningkatan perdagangan antarabangsa, kemajuan, dan perubahan besar dalam bidang pengangkutan

2) Kemunculan golongan buruh dan majikan serta perkembangan Eropah menjadi kuasa yang kuat dan kaya.

3) Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang bidang utama ekonomi negara.

4) Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding buruh pertanian.

Jadi Perindustrian telah menjadi punca ekonomi baru dan penting kepada pelbagai lapisan rakyat Britain.

5) Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para pengusaha kilang.

6) Kemajuan Bidang Pengangkutan

Rekaan dan penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak tersebut boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin itu juga boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan juga pekerja kilang.

Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi dan selepas itu keluli.

Darat = Kereta api
Laut = kapal laut berkuasa wap

7) Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan

Penggunaan mesin memerlukan pembinaan kilang.

Jadi Revolusi Perindustrianlah yang telah memperkenalkan sistem perkilangan.

Apabila mesin membuat stoking, renda dan pakaian tercipta, kemahiran penenun & tukang jahit tradisional tidak diperlukan lagi.

Akibatnya, sebahagian daripada para pekerja mahir ini telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan stokin dan renda.

Kegiatan memprotes begini dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

Pergerakan Luddite-
Gerakan pekerja di Britain pada tahun 1810 yang membantah penggunaan kaedah pengeluaran baru di kilang-kilang dan mahu mengekalkan kaedah tradisional.

Akta Antipenggabungan (AntiCombination Act)
melarang para pekerja bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan mereka.

Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah.

Pada tahun 1824 Akta Antipenggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.

Dengan itu, para majikan tidak boleh lagi bertindak sewenang-wenangnya demi memburu keuntungan semata-mata.

Tuesday, 22 November 2016

Kesan-Kesan Imperialisme Terhadap Asia Tenggara

Dari segi Politik

Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami perubahan yang drastik.

Pemerintahan tempatan telah terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat.

Sistem politik, perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar menyerupai sistem Barat.

Kepulauan Melayu telah dipecah perintah iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.

Perancis pula menjajah Indo China (Laos, Kemboja, Vietnam)

Amerika pula menduduki Filipina.

Dari segi Ekonomi

Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan.

Misalnya, di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.

Dari segi Sosial

Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan. Walaubagaimana pun tersebut hanya terhad di kawasan di kawasan bandar dan dikhususkan untuk melatih golongan pentadbir rendahan bagi keperluan pentadbiran British sahaja.

Dari aspek lain,
kuasa barat juga telah bertindak mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.

Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

Revolusi Pertanian

Perkembangan Bidang Pertanian

Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian wujud kerana beberapa faktor :-

I) Terdapat perubahan dalam sistem penggunaan & pemilikan tanah

Pemilikan Tanah Persendirian
-huraikan-Akta Pemagaran Tanah-

II) Terdapat kaedah atau teknik saintifik. Teknik ini merangkumi penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru, serta penggunaan baja

Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian

Kaedah baru iaitu penanaman secara bergilir. Sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut  musim.

Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga, maka, semua tanaman dapat tumbuh dengan subur.

Dengan itu tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya.

Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah lagi.

Dari segi peralatan pula, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk menggali & menugal.

Banyak lubang boleh digali secara serentak. Ini dengan sendirinya membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.

III) Terdapat kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan

Pertanian Komersial

Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk. Baki atau lebihan produk tersebut telah mereka perdagangkan.

Kesan Revolusi Pertanian

I) Pertanian sebagai punca ekonomi masyarakat Britain pada masa itu

II) Lebihan produk pertanian yang dihasilkan telah dieksport dan ini  membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.

Penjelahan Dan Penerokaan

Penemuan Jalan Laut dan Dunia Baru

Sebab-Sebab Penjelajahan

Faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Eropah ke Timur termasuklah desakan ekonomi dan semangat keagamaan.

Orang Eropah pada masa itu ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur.

Perdagangan rempah ratus & sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang & raja mereka.

Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur.

Pelaut unggul - Christopher Columbus. Orang Eropah pertama sampai ke Amerika.

Sepanyol & Portugal merupakan dua buah negara Katolik yg mempunyai pengaruh Gereja yang kuat.

Gereka amat menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke seberang laut.

Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam, begitu bersemangat untuk menyebarkan agama Kristian pula.

Monarki baru di England, Perancis, dan Belanda turut menjadi faktor penerokaan & penjelajahan ke seberang laut.

Selain itu, semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong.

Oleh itu, penjelajahan orang Eropah pada masa itu dirumuskan dengan kata-kata gold, glory & gospel.

Kesan-Kesan Penjelajahan Terhadap Masyarakat Setempat

Dari segi Politik

Banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.

Perjanjian itu secara langsung atau tidak telah mngikhtiraf kekuatan kuasa Eropah.

Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis & Denmark.

Dari segi Ekonomi

Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.

Pusat Emporium Dunia seperti Goa & Melaka telah dikuasai Portugal.

Dari segi Sosial

Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.

Di banyak daerah, masyarakat peribumi telah juga menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.

Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia Baru dan Asia.

Dunia Baru (Amerika Latin)

Amerika Latin
(https://id.m.wikipedia.org/wiki/Orang_Amerika_Latin)

Gerakan Reformation

Gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16. Berasal daripada perkataan reform yang

bermaksud...

"melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru".

Gerakan ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Kritikan terhadap Gereja Katolik.

Kritikan & penentangan timbul apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan terkuat di bahagian tengah Itali.

Walaupun usaha pihak gereja ini semakin menghasilkan kejayaan, namun, banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan berlaku.

Masyarakat telah mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.

Mereka berpendapat cara hidup yang menjadi amalan golongan penguasa gereja tidak selari dengan apa yang dianjurkan dalam kitab Bible.

Bahkan lebih cenderung mengamalkam gaya hidup para pemerintah & bangsawan.

Ringkasnya, gaya hidup mereka dianggap tidak begitu mencerminkan kehidupan keagamaan.

Penyelewangan seperti penjualan Sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.

Reformatian bermula di Jerman kerana gerakan Renaissance di sini bersifat keagamaan.

Walhal gerakan di Itali bersifat keduniaan.

Kejayaan gerakan Reformation di Jerman telah dibantu pula oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg.

Mesin cetak ini telah dapat menghasilkan Bible dalam masa yang singkat & berharga murah.

Martin Luther profesor ilmu teologi Jerman, mengambil langkah menentang amalan Indulgences.

Dalam amalan pengibadatan pula, Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.

Pendirian Luther ini mencabar kedudukan Gereja & institusi paderi.

Pendirian & ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan/mazhab Lutheran

Protest = membantah

Tindakan Luther mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik & golongan paderi dan kemunculan mazhab protestan menandakan bermulanya Zaman Reformation.

Ada juga golongan yang mahun mempertahahankan kewibawaan Gereja Katolik yang mengendalikan Counter Reformation

Counter Reformation bermaksud...
"menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru".

Kesan Zaman Reformation tehadap Eropah

Dari segi Agama

Telah menyebabkan negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing2. Perang Keagamaan.

Perbalahan agama telah mengakibatkan peperangan & kemusnahan.

Walau bagaimanapun kesan jangkapanjang timbulnya sikap toleransi antara antara penganut pelbagai mazhab Kristian, iaitu dari segi mempergiatkan pendidikan & menyebarkan fahaman mereka.

Zaman Reformation meninggalkan kesan terhadap kuasa golongan Gereja. Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka.

Kuasa Gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom.

Contohnya, semasa penerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

Monday, 21 November 2016

Zaman Renaissance (1350-1600)

Renaissance berasal dari perkataan Itali bermaksud "kelahiran semula".

Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom.

Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada Zaman Gelap dan telah dimuncul & dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.

Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.
Aliran pemikiran ini juga dikenali sebagai humanisme.

Bapa Humanisme - Frencesco Petrarch

Tokoh Renaissance

- Niccolo Machiavelli
- Giovanni Bocaccio

Manusia Renaissance didorong oleh semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat merujuk kepada kesungguhan mereka dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang & kawasan baru.

Di Itali telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom & Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean. Menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa.

Bandar pelabuhan yang paling terkenal ialah Venice & Genoa.
Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan agama berlaku
-yg terus menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru.

Aktiviti perdagangan di Itali ini telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya yang telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar & menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.

Golongan pedagang kaya ini menjadi Patron iaitu penaung kepada para pelukis, ahli musik, saintis dan penulis. Patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florance.

Golongan patron ini telah berusaha menarik seniman & cendiakawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing.

Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance.

Pada masa yang sama, bagi tujuan menyiapkan tugasan atau kerja masing-masing, para seniman dan cendekiawan ini sering berkunjung dari bandar ke bandar. Secara tidak langsung telah membantu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali.

Paus di Rom turut menjadi penaung para seniman & cendekiawan.

Golongan penguasa Gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici.

Oleh itu golongan penguasa Gereja juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantik & menarik seperti Florence.

Namun begitu pihak penguasa Gereja menghadapi masalah dalam hal ini kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains & ahli matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik.

Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.

Sedangkan pihak Gereja terus menekankan penjelasan tradisional. Lantas konflik/perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.

Pihak Gereja mencurigai saintis, maka mereka memberikan tumpuan kegiatan seni lukis & seni ukir sahaja.

Contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo untuk mencantikkan & menghiasi gereja & katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan.

Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada pelukis & pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan.

Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat masing-masing mula dapat dilihat secara jelas.

Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo ingin dikenali secara individu, iaitu sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat & amalan sebegini dikenali sebagai individualisme.

Pada Zaman Gelap penekanan diberi kepada pengkhususan kemahiran dan ilmu tertentu.

Pada Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan.

Misalnya, Leonardo da Vinci & Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukir agung, juga disanjung kerana kemahiran mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.

Kesan Zaman Renaissance

Dari segi Politik

- Kemunculan monarki baru
Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat & kesatuan kebangsaan

Kekuasaan monarki ini telah diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.

Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka, kuasa kuasa gereja & kuasa golongan bangsawan bertambah kurang.

Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile, Sepanyol, England, Perancis & Belanda.

Apa itu monarki baru?

Dari segi Ekonomi

Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus

Sistem perdagangan tempatan & antarabangsa semakin berkembang dan meluas

Dari sudut Sosial

Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka.

Menzahir emosi atau perasaan dalam muzik, lukisan & ukiran yang dihasilkan.

Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah & metafizik.

Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.

Dari segi Psikologi

Berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.

Pengajaran yang dapat kita raih daripada Zaman Renaissance

Kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani meneroka perkara & bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.








Sunday, 20 November 2016

Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Ekonomi Tradisional

Sebelum kedatangan British, masyarakat melayu menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.

Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri.

Ekonomi sara diri merujuk pada aktiviti ekonomi yang tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran.

Pengeluaran dalam skala kecil, menggunakan teknologi yang mudah seperti tajak, cangkul, tugal, dan tenggala, modal yang kecil, jumlah buruh yang terhad, dan pasaran yang kecil.

Bagi masyarakat melayu lebihan pengeluaran sekiranya ada, biasanya, digunakan semula oleh keluarga, atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah.

Ada kalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu. Ini berlaku terutama dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi. Tujuannya adalah untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.

Ekonomi Dagangan

Merujuk pada kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran.

Masyarakat melayu telah pun memasarkan bijih timah ke China, Jepun, dan India sebelum kedatangan British.

Sebelum abad ke-19, lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.

Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, di Selangor dan Datuk Kelana Putera, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi, di Sungai Ujong, N9.

Dengan wujudnya permintaan yang besar terhadap bijih timah, keuntungan daripada hasil perlombongan tersebut telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.

Dengan itu, buruh luar khususnya dari China terpaksa dibawa masuk pada pertengahan abad ke-19.

Sistem Pertanian Komersial

Perusahaan Getah

British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu sebagai tanaman komersial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Pada awalnya getah ditanam dihalaman kediaman Residen Hugh Low, di Kuala Kangsar, Perak, sebagai tanaman hiasan.

Henry N. Ridley dilantik menjadi Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888.

Usaha ke arah perkembangan perusahaan getah pun dijalankan oleh beliau.

Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.

Beliau juga mrnemui cara penorehan getah yang sesuai iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan kering, yang tidak merosakkan pokok.

Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah. Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.

Keadaan ini menyebabkan getah menjadi perusahaan penting di Tanah Melayu.

Kemasukkan modal asing, modal milik pelabur Eropah, juga merupakan  faktor utama perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Syarikat yang beribu pejabat di London, telah membawa masuk masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.

Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka ladang serta nenguruskan ekaport getah termasuklah Harrison & Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

Kemasukkan syarikat dan modal asing ini menyebabkan lebih banyak ladang baru dibuka di Tanah Melayu.

Dasar British yang memberi galakkan dan sokongan kepada pemodal asing turut memainkan peranan dalam perluasan kawasan tanaman getah di Tanah Melayu.

Pihak British menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.

Contohnya, pihak British memberikan 4% dividen kepada syarikat pengusahan getat pada tahun 1905 serta pengecualian cukai eksport selama 50 tahun.

Infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api turut di bina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pusat pentadbiran untuk memudahkan golongan pengusaha.

Golongan pengusah boleh diistilahkan sebagai komprador kepada penjajah British.

Kerajaan British turut membawa masuk pekerja asing dari selatan india untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah. Tujuannya untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah.

Walau bagaimanapun, industri getah telah mengalami kemerosotan semasa Zaman Kemelesatan Ekonomi.

Jumlah eksport getah Tanah Melayu telah mengalami kemerosotan antara tahun 1929-1932.

Perubahan ekonomi yang berlaku pada peringkat global memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara.

Harga getah jatuh secara berterusan mulai tahun 1920. Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi menahan kejatuhan harga getah.

Prinsip asas rancangan ini adalah untuk menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

Rancangan ini dikuatkuasakan antara November 1922 hingga Oktober 1928.

Nilai eksport getah mula stabil pada tahun 1934 disebabkan oleh peningkatan permintaan dunia dan kawalan oleh negara pengeluar.

Industri Perlombongan

Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Kemasukan Buruh China

Kemasukan Buruh India

Inatitusi Keewangan Dan Insurans

Dasar British Terhadap Pertanian

Orang Melayu telah diperkenalkan kepada tanaman baru yang mendapat pasaran amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah oleh kerajaan penjajah British.

Disamping itu, British turut berusaha mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

Untuk meneruskan penguasaan kerajaan penjajah British terhadap ekonomi, undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah turut diperkenalkan.

Undang-undang Berhubung Tanah

Pihak British telah memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem Barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.

Perak merupakan negeri Melayu pertama diperkenalkan dengan undang-undang tanah Barat.

Undang-Undang Tanah

Dasar British Terhadap Pekebun Kecil

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi

Pembandaran

Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum

Sistem Pendidikan Vernakular

Sektor Perkilangan

Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

Perkhidmatan Kesihatan

Rumusan

Imperialisme Barat Di Asia

Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dar segi politik dan juga ekonomi.

Fenomena sebegini memang boleh dikatakan telah berlaku dari zaman awal Eropah, semenjak zam Rom. Pada abad ke-15 dan ke-16 kita mendapati bahawa kuasa seperti Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di Asia dan Amerika Latin.

Kegiatan negara kuat mengeksploit negara yang lemah berlaku dengan rancak lagi selepas Revolusi Perindustrian di Eropah.

Sebelum zaman Revolusi Perindustrian, ekonomi negara di luar Eropah yang dijajah tidak distrukturkan semula untuk memenuhi kehendak ekonomi negara penjajah. Umumnya, kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan seperti rempah ratus, emas dan perak sahaja.

Sebaliknya, pada zaman Revolusi Perindustrian negara seperti Britain, kemudiannya Belanda dan negara Eropah lain mempunyai matlamat atau dasar untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan perindustrian mereka.

Sebenarnya mereka mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dan dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan.
Oleh itu, struktur ekonomi di daerah yang dijajah telah diubah bagi menghasilkan bahan mentah secara komersial.

Zaman Revolusi Perindustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 pernah juga diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.

Faktor-Faktor yg Mendorong Kedatangan Kuasa-Kuasa Barat ke Asia

Kesan-Kesan Inperialisme Terhadap Asia Tenggara

Rumusan

Jelaslah bagaimana orang dan kuasa Barat dengan semangat inkuiri, sifat kepercayaan diri, keghairahan menjajah, idea yang imaginatif, kegiatan yang inovatif, kegigihan dalam keusahawanan, serta komitmen yang tinggi telah berjaya membawa Eropah keluar dari Zaman Gelapnya.

Pihak berkuasa negara dan rakyat telah secara bersama dan berterusan melanjutkan agenda mereka demi mencapai objektif masyarakat dan negara.

Golongan rakyat yang terbabit termasuklah para pelaut, pengembara, intelektual, seniman, saintis, pereka, pemodal, usahawan, petani dan pekerja.

Setelah bersama-sama mengatasi Zaman Gelap, merentasi dekad Renaissance, melalui era penjelajahan, mencapai kemajuan ilmu, mengendalikan perkembangan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian, mereka telah melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa Imperialis.

Berabad lamanya dunia Barat mendominasi sebahagian besar dunia moden. Mereka bukan hanya telah membawa perubahan besar kepada masyarakat mereka sendiri, tetapi telah juga mengeksport perubahan tersebut ke kawasan di seberang laut. Tanda-tanda atau kesan daripada semua itu dapat kita lihat di mana-mana hingga ke hari ini.

Pada suatu masa dahulu Lautan Atlantik yang luas dan tidak diteroka merupakan halangan kepada kegiatan pelayaran dan pengembaraan orang Eropah. Namun, setelah diterokai, lautan tersebut telah bertukar menjadi laluan atau jambatan bagi jalan pelayaran mereka ke dunia luar.

Pada satu masa dahulu mereka meminjam ilmu daripada dunia Islam dan tertinggal dalam beraneka lapangan, tetapi setelah menguasai pelbagai ilmu, mereka pula telah meninggalkan golongan lain.

Dengan ilmu, bangsa Eropah bukan sahaja telah menerokai lautan luas dan daratan yang terbentang tetapi juga angkasa raya, akhirnya.