Renaissance berasal dari perkataan Itali bermaksud "kelahiran semula".
Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom.
Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada Zaman Gelap dan telah dimuncul & dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.
Aliran pemikiran ini juga dikenali sebagai humanisme.
Bapa Humanisme - Frencesco Petrarch
Tokoh Renaissance
- Niccolo Machiavelli
- Giovanni Bocaccio
Manusia Renaissance didorong oleh semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat merujuk kepada kesungguhan mereka dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang & kawasan baru.
Di Itali telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom & Milan yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
Kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean. Menjadikan Itali sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa.
Bandar pelabuhan yang paling terkenal ialah Venice & Genoa.
Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan agama berlaku
-yg terus menjadikan Itali pusat perkembangan idea baru.
Aktiviti perdagangan di Itali ini telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya yang telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar & menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
Golongan pedagang kaya ini menjadi Patron iaitu penaung kepada para pelukis, ahli musik, saintis dan penulis. Patron yang terkenal termasuklah keluarga Medici di Florance.
Golongan patron ini telah berusaha menarik seniman & cendiakawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing.
Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance.
Pada masa yang sama, bagi tujuan menyiapkan tugasan atau kerja masing-masing, para seniman dan cendekiawan ini sering berkunjung dari bandar ke bandar. Secara tidak langsung telah membantu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali.
Paus di Rom turut menjadi penaung para seniman & cendekiawan.
Golongan penguasa Gereja di Rom telah mula mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici.
Oleh itu golongan penguasa Gereja juga berhasrat untuk menjadikan Rom cantik & menarik seperti Florence.
Namun begitu pihak penguasa Gereja menghadapi masalah dalam hal ini kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains & ahli matematik kerana khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik.
Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.
Sedangkan pihak Gereja terus menekankan penjelasan tradisional. Lantas konflik/perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
Pihak Gereja mencurigai saintis, maka mereka memberikan tumpuan kegiatan seni lukis & seni ukir sahaja.
Contohnya, Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo untuk mencantikkan & menghiasi gereja & katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan.
Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.
Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada pelukis & pengukir tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan.
Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian. Bakat masing-masing mula dapat dilihat secara jelas.
Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo ingin dikenali secara individu, iaitu sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat & amalan sebegini dikenali sebagai individualisme.
Pada Zaman Gelap penekanan diberi kepada pengkhususan kemahiran dan ilmu tertentu.
Pada Zaman Renaissance pula pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan.
Misalnya, Leonardo da Vinci & Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukir agung, juga disanjung kerana kemahiran mereka dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Kesan Zaman Renaissance
Dari segi Politik
- Kemunculan monarki baru
Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan kepada kewujudan kerajaan pusat & kesatuan kebangsaan
Kekuasaan monarki ini telah diperkukuh lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka, kuasa kuasa gereja & kuasa golongan bangsawan bertambah kurang.
Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile, Sepanyol, England, Perancis & Belanda.
Apa itu monarki baru?
Dari segi Ekonomi
Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
Sistem perdagangan tempatan & antarabangsa semakin berkembang dan meluas
Dari sudut Sosial
Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia Renaissance lebih bersedia menzahirkan emosi mereka.
Menzahir emosi atau perasaan dalam muzik, lukisan & ukiran yang dihasilkan.
Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah & metafizik.
Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.
Dari segi Psikologi
Berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
Pengajaran yang dapat kita raih daripada Zaman Renaissance
Kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani meneroka perkara & bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.